Tuesday, March 25, 2014

Takziah kepada keluarga penumpang MH370

Salam..

Hari ni 25.03.2014 sayu sunyi je aku rase. Malam tadi aku tertido awal..terlelap depan tv...sedar bila en suami kejut suruh naik tido kat atas...masuk je bilik en suami kate PM ade buat pengumuman....MH370 mungkin terhempas...aku terus tediam tekedu..xtau nak ckp pe...speechless...terbayang camne keadaan dan penerimaan keluarga semua mangsa...Allahuakbar....

Pengumuman penuh dari PM..kredit Harian Metro

“Malam ini saya diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB).
Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit meliputi koridor utara dan selatan, telah melakukan pengiraan lanjut terhadap data itu. 

Dengan mengggunakan kaedah analisis yang belum pernah digunakan dalam sesuatu penyiasatan seumpama ini, mereka telah berjaya membuat pencerahan mengenai laluan penerbangan MH370. 

Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB telah membuat kesimpulan bahawa MH370 terbang melalui koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Ini merupakan lokasi yang terpencil, jauh dari sebarang lokasi pendaratan. Justeru itu dengan perasaan sedih dan kesal yang amat sangat, saya perlu memaklumkan anda bahawa menurut data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kami akan mengadakan sidang akhbar esok untuk memaklumkan butiran lanjut. 
Sementara itu kami ingin memaklumkan anda mengenai perlembangan terbaharu ini dalam kadar segera. 

Kami berkongsi maklumat ini atas dasar komitmen kami terhadap keterbukaan dan perasaan hormat kepada seluruh keluarga, dua prinsip yang menjadi panduan penyiasatan ini. 

Malaysia Airlines sudah pun memaklumkan kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka perkembangan ini. 
Bagi mereka dua minggu yang berlalu cukup memeritkan, saya sedar bahawa berita ini akan lebih sukar lagi. Saya menggesa pihak media supaya menghormati privasi mereka dan memberi mereka ruang menghadapi situasi getir ini.” 

Tah kenapa aku rase semua penumpang masih selamat...diorang terdampar kat 1 pulau dan mengharapkan bantuan...hmmm kalo la betul....Ya Allah Kau tunjukkan kebenaran sebenar...hanya Kau yang maha mengetahui..

Siyes kesian, sedih dan simpati dengan ahli keluarga mangsa...tapi ade jugak manusia xberhati perut terus mengguris hati dan perasaan mereka....aku xtau kenapa manusia camni harus ade kat muka bumi ni....

tak saba nak tunggu laporan penuh petang ni...

AL-FATIHAH