Tuesday, March 25, 2014

Takziah kepada keluarga penumpang MH370

Salam..

Hari ni 25.03.2014 sayu sunyi je aku rase. Malam tadi aku tertido awal..terlelap depan tv...sedar bila en suami kejut suruh naik tido kat atas...masuk je bilik en suami kate PM ade buat pengumuman....MH370 mungkin terhempas...aku terus tediam tekedu..xtau nak ckp pe...speechless...terbayang camne keadaan dan penerimaan keluarga semua mangsa...Allahuakbar....

Pengumuman penuh dari PM..kredit Harian Metro

“Malam ini saya diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB).
Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit meliputi koridor utara dan selatan, telah melakukan pengiraan lanjut terhadap data itu. 

Dengan mengggunakan kaedah analisis yang belum pernah digunakan dalam sesuatu penyiasatan seumpama ini, mereka telah berjaya membuat pencerahan mengenai laluan penerbangan MH370. 

Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB telah membuat kesimpulan bahawa MH370 terbang melalui koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Ini merupakan lokasi yang terpencil, jauh dari sebarang lokasi pendaratan. Justeru itu dengan perasaan sedih dan kesal yang amat sangat, saya perlu memaklumkan anda bahawa menurut data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kami akan mengadakan sidang akhbar esok untuk memaklumkan butiran lanjut. 
Sementara itu kami ingin memaklumkan anda mengenai perlembangan terbaharu ini dalam kadar segera. 

Kami berkongsi maklumat ini atas dasar komitmen kami terhadap keterbukaan dan perasaan hormat kepada seluruh keluarga, dua prinsip yang menjadi panduan penyiasatan ini. 

Malaysia Airlines sudah pun memaklumkan kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka perkembangan ini. 
Bagi mereka dua minggu yang berlalu cukup memeritkan, saya sedar bahawa berita ini akan lebih sukar lagi. Saya menggesa pihak media supaya menghormati privasi mereka dan memberi mereka ruang menghadapi situasi getir ini.” 

Tah kenapa aku rase semua penumpang masih selamat...diorang terdampar kat 1 pulau dan mengharapkan bantuan...hmmm kalo la betul....Ya Allah Kau tunjukkan kebenaran sebenar...hanya Kau yang maha mengetahui..

Siyes kesian, sedih dan simpati dengan ahli keluarga mangsa...tapi ade jugak manusia xberhati perut terus mengguris hati dan perasaan mereka....aku xtau kenapa manusia camni harus ade kat muka bumi ni....

tak saba nak tunggu laporan penuh petang ni...

AL-FATIHAH

Saturday, March 22, 2014

IKLAN : PROMOSI ESP MARCH 2014

Salam....

Dah nak habis promosi baru nak up...hihi...takpe la atleast ade seminggu je lagi promosi ni sebelum harga kembali pada asal...sekarang pon stok kritikal...ramai beno memborong...buat stok siap2 utk bulan puasa nati...kemain korang kan....hihi..jom tengok ape khasiat ESP ni...




Haa tengok...banyakkan kebaikan ESP ni....semua dalam 1 bekas je...memang berbaloi2 la...ESP ni jenis bancuh ye...so jom tengok contoh2 resipi yang diolah untuk minum ESP ni..


ESP+sunquick

ESP+Twister Orange

ESP+Dutch Lady Strawberry



ESP+Milo

Haa banyakkan cara nak minum ESP ni...tepuk dada tanya selera....ape air minuman kegemaran anda....just shake je..tapiiii jangan campur dengan air berkafein ye....big NO....sebab ape??sebabnye kafein ni akan menyebabkan serapan khasiat terganggu....ape2 jugak supplement kalau boleh jangan ambil bersama kafein....kalau anda peminum kafein tegar takpe....boleh minum...cuma jarakkan masa pengambilan supplement dan minuman berkafein tu ye...

Kalau korang nak try ESP meh roger saya cepat2 ye.....confirm harga jatuh terduduk saya bagi......




Thursday, March 20, 2014

PENCERAHAN : SHAKLEE DI HATI

Salam...

Tadi upline aku ade share pasal blog ni...aku baru bace...bagus sangat blog ni...bukanlah aku trus cop bagus n sokong sebab aku ni ejen shaklee...tapi sebab cara kupasan berkenaan shaklee dan produk2nye buat aku tertarik...sangat2 berinformasi...buat aku yakin aku pilih buat side income dengan shaklee adalah tepat...

Kredit kepada blog Cikgu Mat

Pencerahan kepada persoalan mengenai shaklee

Salam tuan. Saya terjumpa blog tuan bila cari-cari tentang Shaklee sebagai MLM yang patuh syariah. Terima kasih atas perkongsian.

Sebelum ni pun saya dah baca-baca (termasuk garis panduan MLM daripada Ustaz Zaharuddin & JAKIM). cuma nak yakinkan lagi... sekarang dah tak ragu-ragu lagi pasal tu. Saya pun sebenarnya pengguna Shaklee, cuma baru jer terbuka hati untyk turut berbisnes.

Saya cuma nak tanya, apa pendapat tuan, bila kita jual Shaklee seolah-seolah tak sokong ekonomi orang Islam/ bumiputra. yer la, sebab Shaklee produk US.

Satu lagi, penjual-penjual Shaklee ni dilihat macam tak sokong/tak amal makanan-makanan sunnah (kurma, madu, habatussauda dsb) & lebih menyokong produk US. Itu saja. Terima kasih.

JAWAPANNYA

1. Pertama sekali, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog yang serba ringkas ini dan syukur alhamdulillah kerana tuan/puan dapat menghilangkan keraguan dengan bacaan daipada blog saya ini. Terima kasih sekali lagi.

2. Yang kedua, saya bukanlah jurucakap yang dilantik oleh Shaklee di Malaysia ini. Jadi jawapan saya adalah secara general sahaja mengikut pengetahuan dan bidang kepakaran saya sahaja. Untuk jawapan yang dilengkapi data, sila emel atau hubungi Shaklee untuk mendapat jawapan yang pasti dari pihak syarikat.

3. Sebenarnya ini bukanlah soalan yang sukar untuk dijawab, tetapi kerana sifat kebanyakan dari orang Melayu yang berfikiran negatif, bersikap layu dan mempunyai penyakit dengki yang tak dapat diubati, maka soalan begini menjadi isu besar kebanyakan daripada kita. Jika tidak percaya, tanyalah usahawan-usahawan Melayu, ada tak sesiapa yang cuba menjatuhkan perniagaan mereka? Jika ada, siapakah mereka? Jangan terkejut jika jawapannya adalah ‘Melayu’ sendiri. Kedengkian orang Melayu sukar sekali dikawal. TAPI soalan di atas adalah dikecualikan kerana saya yakin persoalan ini ditanya semata-mata untuk menolak persangkaan orang ramai terhadap produk Shaklee yang hebat ini.

4. Suka untuk saya bertanya kembali, siapakah yang mengatakan bahawa para pengedar Shaklee dan penggunanya ‘menolak’ makanan sunnah seumpama madu, habbatus sauda’ dan sebagainya? Saya juga ingin mengetahui sekiranya ada pengedar Shaklee yang memberi konsaltasi agar menghentikan penggunaan makanan sunnah dan hanya menumpukan penggunaan produk Shaklee kerana tidak ada seorang pun yang diajar untuk memberi konsultasi seumpama itu.

5. Untuk pengetahuan semua, para pengedar Shaklee sering berkongsi di dalam blog dan FB mereka tentang resepi-resepi Shaklee dengan menggabungkannya dengan makanan sunnah di atas. Tak perlu susah payah membelek, hanya rajinkan jari-jari anda menaip di browser anda tentu anda akan berjumpa dengan pelbagai resepi ‘rahsia’ Shaklee. Hatta saya sendiri menggunakan resepi ESP yang ditambah madu untuk mendapat kesihatan optimum. Ibu kepada pelajar saya mencampurkan habbatus sauda’ dengan minumn ESP dengan harapan anaknya cemerlang dalam pembelajarannya. Alhamdulillah, sekarang sudah 2 bulan berlalu dan anaknya kini semakin cemerlang dalam setiap subjek yang dipelajarinya.


6. Adakah dengan menggunakan Shaklee bermaksud kita MENOLAK makanan sunnah? Jika jawapannya ya, maka semua ubatan kesihatan patut kita minta kerajaan mansuhkan di hospital kerana ubat kimia hospital adalah jauh lebih ‘haram’ hukumnya digunakan. Bahan kimia di dalam ubat hospital jauh memberi kesan yang tidak baik kepada badan jika nak dibandingkan supplement Shaklee yang juga seperti makanan sunnah yang berasal dari sumber alam semulajadi.

7. Bukankah al-Quran sendiri menyatakan,”Makanlah makanan yang halal lagi baik”. Jika kita mempelajari ilmu Islam khususnya ilmu hadis dan al-Quran, nescaya kita dapat fahami bahawa hadis adalah pentafsir kepada al-Quran. Dalam kes ini hadis menyatakan dengan jelas makanan-makanan sunnah itu sebagai contoh kepada makanan yang baik dan halal itu. Maka, apa sahaja yang baik dan halal, nescaya hukumnya adalah harus dari segi syarak. 

8. Adakah jika menggunakan produk Shaklee bermaksud kita menyokong Amerika?! Tergelak juga saya membaca soalan ini. Sebabnya bukankah persekitaran kita sekarang hampir keseluruhannya menggunakan produk keluaran Amerika dan sekutu-sekutunya bermula dari pakaian, makanan, ubatan klinik dan hospital, perhiasan rumah dan sebagainya. Adakah salah kita menggunakannya? Kita perlu faham bahawa isu yang sebenarnya adalah adakah kita menyumbang kepada Amerika dalam menggunakan kuasanya untuk memerangi Islam? Dalam makluman saya, Shaklee langsung tidak tersenarai sebagai syarikat yang memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam membantu Amerika dan sekutunya untuk memusnahkan negara-negara Islam tidak seperti Mc Donald yang ramai sekali orang Melayu ‘bersantap’ di dalamnya dan syarikat minuman Coca cola yang ramai juga Melayu menggunakannya. Ringkasnya, jangan berlaku tidak adil terhadap sesuatu yang jelas. Yang jelas memberi bantuan untuk membunuh umat Islam, tidak seorang pun berani bangun bersuara, tetapi bagi yang tidak memberi bantuan secara jelas, banyak pula gosip liar melingkunginya.


9. Jika anda ingin menyokong ekonomi orang Melayu, memang inilah jalannya. Shaklee telah meletakkan garis perniagaan yang jelas dan sangat menguntungkan dengan modal serendah RM 75 sahaja dan ada pula free membership jika memenuhi syarat tertentu. Tidak perlu simpan barang dan sebagainya. Paling penting, bisnesnya adalah buat jangka masa panjang kerana bidang kesihatan berkaitan manusia. Ada manusia, adalah pasarannya. Saya juga merasakan tiada lagi produk kesihatan yang dibuat oleh bumiputera yang dapat menyaingi produk Shaklee dari segi keberkesanannya dan ujian klinikal yang telah diuji beratus tahun lamanya. Jika ada yang seumpama itu, saya juga berminat untuk mengetahuinya.

10. Jangan menyusahkan diri sendiri. Rasullah SAW bersabda di dalam hadisnya yang mulia,”Islam itu mudah. Jangan dipersempitkan dan jangan pula menakutkan orang ramai daripadanya”. Bukankah Islam itu mudah dan tidak menyusahkan umatnya dengan peraturan-peraturan yang tidak sepatutnya? Mengapa pula kita menyusahkan diri kita dengan perkara yang tidak sepatutnya? 

Semoga pencerahan ini dapat menyelesaikan pelbagai persoalan yang menyesakkan pemikiran anda sama ada sebagai pengedar atau pun pengguna Shaklee. Sekian.

Tuesday, March 18, 2014

Pregnant ke tak????

Salam....

Hadif sekarang ni dah nak masuk Setahun Lapan Bulan....oh kejapnye ms berlalu...dah nak masuk umo 2tahun....bercakap lom lancar lagi....ikut dan dia je..tapi adela certain perkataan yg dia sebut jelas dan takde pelat....contohnye nak, naik, jatuh, ayah, ibu, nenek, atok, lori, ayam, aminnn....yg lain2 ade gak dia sebut tapi pelat sikit bunyinye...contohnye fish (pishh), ketam (titam), makan (mam), minum (ninum), jom (dom), aeroplane (pirr), kereta (tite), motor (toto), pokok (totok)....hihi banyak lg la...tapi Hadif ni jenis cepat tangkap ape orang sebut..dia boleh ikut semula pekataan yang simple2...cuma sama ada dia sebut betul atau pelat sikit...hihi

Minggu lepas aku ade balik kampung...mak aku buat kenduri doa selamat dan tahlil sikit...kenduri doa selamat sebab kak ipar aku mengandung n due bulan 5 nanti...mase aku baru sampai tu ade sorang jiran ni salam2 nak balik...mintak maaf sebab xdapat dtg malam tu..dtg tolong masak2 jela...sambil2 tu sempat lagi dia kate gini...."takpe xdapat join malam ni, nanti kenduri doa selamat lagi blh join...si kakak ni ha nanti ke (sambil pegang perut aku)." tegamam jap aku pastu xsemena2 trus jawab...eh sy lambat lagi cikk...Hadif kecik lg...hahaha

Aku taktau nape aku jawab gitu....tetibe aku cam berdebar...padahal ritu aku beria plan nk conceive lepas bulan 5...konon2 nak bagi adik Hadif kua tahun depan la....skali sekarang dh panik...apekah....hahaha...macam xready plak aku ni ha....rase cam Hadif tu kecik sangat lagi...xpuas manjekan dia...fokus n bagi perhatian kat dia....oh my....hukhuk...

Sekarang ni aku cam dalam dilema....betul ke nak bagi Hadif adik ek...kalo bukan sekarang camne nak cukupkan kuota 4orang anak...makin lame makin tua ni....dah nak masuk 3series ni...hakhak...adoi la....ke aku trauma mase besalinkan Hadif dulu....rasenye takde yang menakutkan sangat...alhamdulillah la Allah permudahkan proses tu...tengokla camne nanti....pasaan ni tingin nak gegel....yang pasti sekarang aku tengok Hadif suke baby...xde plak nampak cemburu ke...nak buli ke...cumanye dia xsuke budak2 baya dia amek n pakai barang dia...dia kenal semua barang dia....kedekut jugak dak ni...memang dimarahnye sape yang pakai barang dia...pastu menangis merajuk2....hahaahdoi...

Hadif nak adikk ke??

 

Friday, March 14, 2014

Aku dan Shaklee

Salam jumaat...

Macam mane aku boleh terjebak dengan Shaklee ni eh?huhuhu....

Lame dah dulu aku teringin sangat nak cube makan supplement...yela aku rase sangat badan aku ni xcukup zat...mude2 lagi dah lenguh sane lenguh sini, sakit sane sakit sini...macam2...lemau je kurang bertenaga...Aku tau pasal shaklee ni dari kak ipar aku....dia gtau aku yang supplement shaklee ni boleh bantu banyakkan susu badan....mase tu aku baru lepas bersalin n ilmu penyusuan memang 0...aku xkorek sangat...pastu tengok ramai jugak yang consume shaklee ni....siyes memang aku xpenah dengar....so mindset aku kate yg shaklee ni untuk banyakkan susu ibu je...

Tapi aku xstick pon dengan shaklee...aku xabeh makan pon...sebabnye distributor shaklee tu xguide pon aku camne cara betul nak consume set shaklee tu...mase tu aku amek yg trial set je...so bile aku cam xrase pape kesan n dengan ilmu yg cetek aku trus judge yg shaklee ni tipu je....huhuhu

Mase Hadif masuk umo 5bulan aku try lg consume shaklee ni....pon untuk tujuan penyusuan...aku godek2 ramai plak kate ESP banyakkan susu...so aku pon tanye2 la distributor shaklee tu...tapi bukan distributor yg aku bli set tu...ni yg lain...distributor ni plak memang xde explain detail kat aku ape kebaikan ESP tu...dia bagi aku buku shaklee je suh bace....hahadoi saba jela den...pastu aku bli je ESP tu...distributor still xguide betul2 cara consume...adoi la...sudahnye aku memang tetap mind set yg shaklee ni xmembantu....cume yg nampak beza susu aku pekat dr biasa...tapi sebab aku nak susu banyak bukan susu yg pekat...so terus la stop shaklee...xabeh pon aku minum ESP tu...hahaha....asekla salahkan produk...padahal distributor yg xguide cara yg betul...saba jela aku..

Pastu tah camne aku terpengaruh dengan sorang fren kat FB ni...hari2 dia share pasal shaklee...shaklee itu shaklee ini....pastu ade plak share pasal bonus shaklee...aku pon "eh ade bonus2 plak...boleh dpt income banyak.."...sebabkan terpedaya dengan posting tu aku pon menjoinkan diri la dengan shaklee....haha mule2 kondem pastu join...apekah...bukan pe mase tu memang aku nak carik side income pon...so aku pon pm la dak tu n join la jadi ahli yg sah...

Bile dah join aku terbukak mata pasal shaklee....banyakkk rupenye supplement lain....aku mati2 ingatkan untuk ibu menyusu je...hahahadoi....macam2 ado rupenye shaklee ni....ikutkan jenuh jugak la nk study pasal produk..banyak giler weh...dah la tu setiap produk bukan ade spesifik khasiat....1 produk macam2 khasiat....hamekk...bebaloi2...bli 1 dapat 1000 khasiat...untung giler....

Sejak aku join shaklee ni banyak gak la perubahan aku dapat...bukan setakat income...dari segi peribadi dan amalan rohani pon aku dapat serap....semua berkat join Group hebat dan leader hebat...aku cerita ni bukan sekadar nak gebang 0 pungpangpungpang nak tarik orang join aku...tapi tu la hakikat sebenarnya...banyak manfaat aku dapat...

So sesape yang nak beli atau join jadi ahli shaklee tu, elok la cari group yang betul2 hebat...bukan fikir bonus semata...sebab ade member2 aku yang kate nyesal join shaklee sebab leader buat hal...xtolong orang bawah...nak keluar join group lain dah xboleh sebab skali join keahlian seumur hidup....kalo nak beli produk shaklee carikla distributor yang betul2 mampu guide korang cara consume yang betul...supaya boleh dapat hasil memuaskan....xdela sia2 je keluar duit untuk kesihatan kan...aku xcakap aku hebat n korang mesti pilih aku....tapi insyaAllah setakat ni aku dapat repeat customer...aku cube xputuskan hubungan after sale...sentiasa follow up tanya perkembangan diorang sepanjang consume shaklee...

Nama : Rasyidah Kamarudin
ID : 1065139
Contact : 018-3937054
FB Page : Vitamin2u
FB Personal : Syida Kamarudin




Thursday, March 13, 2014

Haszlena Homestay Langkawi

Sambungan dari entri bercuti kat langkawi hari tu..ok mase aku ngan family g langkawi ritu, aku booked 1 homestay...homestay ni aku jumpe lepas google je...aku terjumpa blog owner homestay ni...Haszlena Homestay..lepas godek2 blog akak ni n bace entri2 dari blog2 yg share psl homestay ni aku pon terus la call akak ni...senang sangat berurusan dengan dia...mase aku booking tu untuk cuti Raya Cina...so hrga lain...sebab public holiday...untuk 3hari 2malam rm500....aku rase masih in budget....ok la kan rumah setingkat 3hari 2malam rm500...sumbat semua skali 1family...hihi

Ni sikit info aku amek dari blog akak ina ni...aku pilih Rumah Intan ni sebab dia dekat dengan pekan kuah....dekat xdela sampai leh jalan kaki je kan...paling dekat dengan Idaman Suri...memang jalan kaki je...senang nak shopping..hihi...

Rumah Intan ni bilik pertama dan kedua ada aircond...aku amek bilik kedua sebab ade katil queen je...ok la sumbat 3beranak...yang bestnya bilik kedua ade buaian baby....memang aku sengaja la sumbat Hadif dalam buaian tu...walaupun dak tu dah lame xtido buaian....mule2 dia cam pelik je masuk dalam buaian tu....tapi dua tiga kalu henjut dah selamat dibuai mimpi...hihihi....

Rumah Intan
Rumah Intan terletak di pekan Kuah iaitu di No.71 Taman Intan Kuah Langkawi dan amat berhampiran dengan Idaman Suri. Selain terletak berhampiran Idaman Suri, homestay ini juga berdekatan dengan kedai runcit, kedai makan, 7 Eleven dan sebagainya untuk kemudahan semasa menginap di sini.

Rumah Intan

Yang bestnya kalo duk homestay ni rase cam duk umah sendiri jela...homestay ni serba lengkap...washing machine pon ade...sempat la kitorang mendobi....hihi...yang peling penting Haszlena Homestay ni dia amek orang Islam je untuk menginap...bangsa lain memang tak pernah bagi...so takdela keraguan bab perkakasan dalam rumah tu kan....rumah memang bersih...toilet pon besar...cumanya rumah yang ni ade 1 je toilet...memang kene tunggu giliran la...tapi kitorang ok je janji dekat dengan kemudahan cam kedai2...rumah2 yang lain tu cam jauh sikit...nak ke pekan kuah n ke jeti pon jauh...

So korang kalo nak p cuti2 langkawi nak jimat bajet amek jela homestay....senang sebab ade hall nk tegolek telentang....hihi...hrga pon sangat berpatutan....Kalo korang berminat leh godek2 blog akak ni atau contact dia kat no bawah ni ye..


HASZLENA HOMESTAY
TEMPAHAN DAN PERTANYAAN

call, sms, email atau whatsapp

HASZLENA 017-574 5063
MD.NOOR 012-564 5120

haszlena@gmail.com

PRAY FOR MH370

Salam...

8 March 2014....Malaysia dan seluruh dunia dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat MAS MH370. Pesawat hilang dari radar pukul 1.30 pagi tapi laporan tentang kehilangan pesawat tu diberitahu pada umum pada 9pagi...sidang media pertama pada tengah hari...taktau kenapa amek mase lame sangat...mungkin ade prosedur bidang penerbangan yg perlu dipatuhi sebelum war2kan kepada umum...wallahualam..MH370 dari KLIA ke Beijing bawak penumpang seramai 227orang termasuk 12orang anak kapal...majoriti penumpang warga China..

Hari ni 13 March 2014....dah masuk hari ke6 kehilangan MH370....masih belum tau ape khabar berita....pencarian masih diteruskan.....segala aset ketenteraan dikerah untuk mencari dan menyelamat....tapi masih belum jumpa ape2 yang boleh dikaitkan dengan kehilangan MH370..

Sampai ke hari ni macam2 berita, share info dekat FB, twitter...macam2 spekulasi yang tah mane tahap kebenarannya....aku bace je...malas nak percaya atau komen selagi xtau ape sebenarnye yang berlaku..Allah belum tunjukkan lagi..

Yg paling aku xpaham kenapa ade sesetengah pihak xbertanggungjawab dan xsensitif langsung dengan isu ni..diorang share sesuka hati...xpikirkan perasaan ahli keluarga mangsa..ade yg siap sengaja buat fake account dan post mcm2 utk tarik perhatian umum dan meraih simpati...siyes aku xpaham ape jenis manusia..xleh beza ape benda yg blh di buat bahan gurauan dan ape yg xboleh...memang la masing2 ade hak nk post pape sebab diorang punye FB, diorang pnye twitter...so ikut suke...tapi xyah la post yg tunjukkan awak tu B***** sangat...sangat2 mental la orang gini...kenapa ade kat mukabumi ni pon aku xtau la...




Yang paling tak boleh blah plak ade jugak yang sebok nk tunjuk kebolehan sampai aku rase diorang tengah membodohkan diri diorang...menyerah diri untuk dijadikan bahan kutukan dan ejekan orang ramai...isu ape lagi kalo bukan bomoh yg gelar diri dia "Raja Bomoh VIP"....eh xleh hadam la....bomoh tu kate MH370 tergantung antara 3negara...adoi la...Allah sedang menguji hambaNya tapi ade jugak yang xreti nak kembali padaNya memohon pertolongan...yang syirik jugak dipilih....astagfirullahhalazim....malu kene gelak dengan orang lua jela...




Sekarang dah masuk hari ke6...aku xdapat bayangkan macam mane stress nye keluarga mangsa yang terlibat...aku yg xde kene mengena ni pon sedih....tertanya2 mane la peginya MH370....macam mane keadaan diorang..ape yang jadi sebenarnya...ade 2bayi dalm pesawat tu...Allahuakbar...

Moge semua ni berakhir cepat...Ya Allah kalau ia dilangit turunkanlah, kalau ia dilautan timbulkanlah, kala ia didaratan tunjukkanlah...dari kita share n sebar berita yang xtau kesahihannye baiklah kita same2 doa dan buat solat hajat moge Allah beri petunjuk..siyes aku memang xdapat bayangkan kalo aku ade kt tempat family mangsa...rase nak meletup dada menahan  kerisauan...moge ahli keluarga mangsa terus berdoa dan berdoa semoga Allah permudahkan segala..aminn ya rabbalalamin...