Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…
part aku diasingkan darimu kerana dia tu yang paling menyentuh ati aku....moge dayana tabah hadapi dugaan maha hebat ni....
update!!...sebenarnye bukan dayana yang tulis puisi tu...tapi ana hawana......haih besela menda2 kopipes ni kan.....diorang ni kadang2 xreti2 nak kredit kan sumber tu.....xpasal2 aku tejebak salah info.....sorry....heh
kredit photo dari blog lekat lekit |
ayat last may Allah bless u...dayana tu si pengkopipes duk skip....buat isu betul la....haih....