Wednesday, September 26, 2018

99 Wonderland Park

Assalammualaikum dan Hai

Awas!!! Entry banyak gambar...hahaha...Nak cerita pasal weekend lepas punya aktiviti..Aku dan suami berkesempatan bawak anak-anak ke 99 Wonderland Park. 99 Wonderland Park ni dekat Selayang je tak jauh pon dari rumah...Walaupon tak jauh tapi baru sekarang dapat pergi bawak anak-anak. hihi. Exact location dan info-info lain berkaitan 99 Wonderland ni aku share kat last entry ni eh. Sila baca sampai habis..haha

Main Entrance
Aku kadang jenuh jugak fikir mane la nak bawak anak-anak jalan riadah petang-petang. Nak yang dekat dengan rumah, tak terlalu sesak sampai nak carik parking pon bercinta, yang tak costly sangat dan yang paling penting sesuai untuk budak-budak dan mak pak budak sekali..haha. 

Aku sebolehnye lagi suka bawak anak-anak riadah kat tempat outdoor. Bagi diorang explore alam sekitar la kiranya kan.

Kebetulan minggu lepas kawan-kawan ajak join pergi 99 Wonderland Park ni bawak anak-anak aku pon on jela. Minggu lepas pulak 99 Wonderland ni ade buat Lantern Festival so memang meriah sangat-sangat la. 


Kalau korang nak tau 99 Wonderland Park ni keluasan dia 23ekar tau...Haa bayangkan berapa luas kawasan tu. Yang paling best walaupon kawasan dia luas tapi langsung tak boring sebab setiap laluan ade tarikan dia sendiri. 

Luas dan Banyak Tarikan

Jom tengok ape menarik sangat 99 Wonderland ni. Kitorang masuk je dari entrance haritu terus ke kiri. Ade tortoise, rabbit dengan anak-anak itik.. Dekat sini je dah stuck sebab anak-anak teruja dapat tengok haiwan-haiwan tu live siap pegang-pegang. 



Ok teruskan perjalanan..jom anak-anak..haha banyak tempat lagi nak jalan ni..Ke depan sikit dari tempat kura-kura ni ade toilet dan surau. So sape yang nak pergi time macam aku pergi ni tak payah risau kat mane nak solat maghrib. Boleh solat je kat sini pastu teruskan jalan-jalan dalam park ni..hihi

Next, kita masuk kawasan tasik, Local Duck Feeding. Lalu je ikut boardwalk ni sambil tengok itik-itik berenang boleh jugak kalau nak bagi makan..Beli je makanan itik yang ada jual kat situ.. Sebekas RM3.00 je murah sangat-sangat.

View dekat boardwalk tu...cantik kannn

Sambil jalan boleh bagi itik makan

Ok teruskan perjalanan..depan lagi dekat area Duck Feeding ni kawasan burung-burung pulak..Bird Island..haaa kat dalam kawasan Bird Island ni ade burung merak yang berbagai spesis, burung-burung pon macam2 sepsis ada, ada tempat ular jugak, iguana dan ayam. Kat kawasan ni yang bestnya ayam-ayam semua dilepas bebas je..memang seronok la Hadif dan Harith duk kejar ayam-ayam tu..haha anak bandar gini la kan..

Budak suke kejar ayam..haha

Dating ke tuuu


Paling berkenan dengan yang jambul kuning tu..haha

Ayam bandar pon melepak atas pokok laa.

Korang kalau datang 99 Wonderland ni jangan risau takut penat ke leceh nak bawak anak kecil ke sebab kawasan sini memang luas, laluan semua rata cantik memang takde masalah kalau nak tolak stroller..kawasan tempat haiwan semua bersih takde bau tak menyenangkan ke ape..Kalau bawak orang tua pon penat-penat jalan boleh berhenti rehat kejap..merata ada disediakan tempat duduk..

Mamorset Monkey

Iguana

Ular Sawa

Sambil jalan sepanjang boardwalk tu boleh cuci mata tengok keliling..macam-macam ada..


Geng ayam

tu bukan rabbit tau..aku pon terpegun sebab tak pernah tengok..macam rabbit, tapi macam sang kancil..namanya MARA...haaa

Bersih kan kawasan reban ayam itik

Ok mari teruskan berjalan ke depan..12 Zodiac Zone..ade 12 replika haiwan ikut zodiak..Kalau korang taktau korang zodiak ape boleh baca kat setiap haiwan tu ada tulis tahun-tahun kelahiran siap sifat-sifat sesiapa yang lahir tahun tu..Macam biasa hakak teruja lebih..wajib posing kat semua replika haiwan...biar korang taktau hakak zodiak ape..haha

Model wajib..nasib baik dia layan je ibu..Maceh Abang hadif



Dah rasa penat ke baca dan tengok gambar?kalau pergi sini takde nak rase penat pon..leka bergambar sana-sini..haha..kalau takde sape nak tolong ambikkan gambar 1 family macam biasa mintak tolong je sesiapa yang ada kat situ tolong ambikkan gambar korang..haha

Happy yee

Trima Kasih akak baju biru tolong snap pic kami..hihi

kawasan rusa..boleh bagi makan jugak..makanan rusa ni ade jual dekat situ

Kalau korang dah sampai tempat bergambar macam pic kat atas ni, tahniah lah sebab korang dah berjaya berjalan separuh dari 99 Worderland ni..kalau dah penat sangat jalan sikit je lagi ke depan ade tempat duduk dan jugak stall-stall jual macam-macam jenis makanan..yang jual air dan ais krim pon ade.

Beli makanan pastu boleh duduk makan kat sini sambil rehatkan kaki..😉

Stall jual makanan dan minuman

Golden Waterfall


Dah settle makan dan rehat jomlah teruskan jalan..masa ni dah masuk maghrib..suasana malam kat sini tak payah cerita la...memang lawa habess...penuh lampu-lampu warna-warni..jangan kata anak, aku pon suke tengok lampu-lampu..dulu masa kekecik mane ade benda-benda camni..haha






Ok next tempat yang si Hadif duk berzikir ajak pegi tengok cepat-cepat...tak sabar sangat budak tu..Replika Dinasour..yang bestnya dinasour dia bukan semata replika batu statik gitu...dinasour kat sini siap bergerak-gerak dan ada bunyi mengaum...haaa dari teruja tadi terus si Hadif amek gambar dari jauh..takut pulak nak dekat tadi beria sangat...haha



Depan sikit dari tempat dinasour ni ada Sky Fountain...lawaaaa...pokok-pokok dihias lampu liplap...teruja mak..eh anak pon teruja jugak..haha...bawah fountain tu ada kolam ada ikan koi sekali..besar-besar ikan koi nye memang cukup makan ni...kolam ikan ni pulak jaraknye dekat je so budak-budak seronok la tengok ikan dekat-dekat..si Harith tu siap nak celup tangan tangkap ikan koi...



Haipppp

Kebetulan masa pergi haritu, 99 Wonderland ni ade buat Lantern Festival..meriah malam tu siap ada fireworks..dua kali pulak tu..pukul 8.30 malam dengan 10.00 malam..sempat la beli lantern tu seketul untuk Hadif..tak pernah tengok lantern kekdahnye kan..haha..layan budak tengah teruja tengok benda baru.


Geng Gojes Blogger Supermom and Baby





Kalau korang teruja jugak nak pergi 99 wonderland ni, harga tiket dan details semua ada kat bawah ni..nak lagi details boleh terjah website 99 Wonderland Park 






Tata.