Monday, June 09, 2014

Vitamin E Shaklee

Sempena promosi Jun 2014 Beli 6 Percuma 1...Vitamin E Shaklee...Hari ni nak share sikit info pasal vitamin E shaklee ni...

Vitamin E Shaklee mengandungi 400IU kandungan vitamin E dan 10mg selenium semulajadi dalam setiap kapsul...kandungan vitamin E terhasil dari 1kg benih gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam, 500g badam...Kandungan seleniumnya membantu tubuh menyerap vitamin E, memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu2 otot.



Diantara manfaat utamanya adalah:-

  • melindungi jantung - pengambilan harian 800IU vitamin E (2biji kapsul) untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolestrol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung
  • meningkatan kemampuan reproduktif - kajian menunjukkan vitamin e mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600-800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.
  • anti-penuaan - 1 kapsul vitamin e sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, aken dan bintik penuaan. Ia memulihkan tekstur kulit dan tona muka, dada dan otot peha
  • anti-oksiden - pengambilan lebih dari 1200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas
  • kelestarian tenaga - meningkatkan kemampuan seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih
  • memperbaiki arthritis - meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi
  • menghalang keguguran - merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus
  • memperbaiki parut - memperbaiki bengkak dan ulser kulit




Untuk order boleh sms 
Syida 018-3937054 atau 
FB : Syida Kamarudin

Wednesday, May 14, 2014

Hadif Peniru

Salam..

25hb nanti anak ibu nak masuk setahun 10bulan dah...wuuu cepatnye mase berlalu....tak terkejar rasenye...hihi..


Makin membesar anak ibu ni makin macam keletah...penghibur hati ibu ayah...cinta hati ibu ayah....Sekarang ni anak ibu dalam fasa nak bercakap...ape orang sebut dia sebut....ade yang betul sebutan ade yang ikut suke dia je....ade mase dia bebel dalam bahse dia sendiri....kompom2 la ibu xpaham sepatah pon...hihi

Sekarang ni kat nursery pon teacher dah ajar macam2...menyanyi la....abc la...123 la...alif ba ta la....Alhamdulillah hadif mudah ikut...tapi belum betul2 banyak la sebutan nye..

" satu, uwe, tige, apat, nime, anam,,ojoh, apai, ilai, oloh,yashhh"
"wai, two, three, por, pai , cix, ebei, eight, nai, tennn"
"yahhiimmm....ayip, ba, ta ,sa ,jim, ha , ho, dal, sim, dot, toitt, ain, mim, nui, wau, ha, yaaa...aminn"

Haaa lebih kurang gitu la sebutan dia...hihi...ok la kan...aku suke sangat dah...banyak perkembangan positif. Selain tu banyak la pekataan simple yang dia mudah ikut..pastu kalo kite cakap pape cepat je dia ngikut n ajuk balik...kadang2 geram je...comel sangat..hihi

Pastu kalo arahan2 simple tu dia blh la ikut...contohnya nak mandi aku bukakkan baju n seluar semua pastu suh dia masukkan dalam bakul...dia tau mane satu bakul baju dia...kalo bukak ade sampah atau pampers aku suh dia amek n buang dalam tong sampah dia g buang kat tong sampah...kire betul la hala tujunye...kalo dah abeh menyusu botol letak atas meja...haa bab botol tu takde dah aku duk ulang2 arahan...dia akan buat dengan sendirinya....takde sepah2 kat lantai dh...sonok didik anak dari kecik...takmo sepah2 nanti sampai ke besar tak pandai kemas barang sendiri...

Kalo ikut memang banyak sangat perkembangan Hadif ni....kagum dengan anak sendiri...duk karang kat sini kang berjela2 plak...hihi

Ok la tu je nak cite...tata

Friday, May 09, 2014

PROMOSI MAY 2014 :MEALSHAKE





Salam...

Huuuu dah masuk 9mei baru nak up promo shaklee bulan ni...Better late than never la kan....

Ok cam biasa tiap2 bulan shaklee mesti ade buat promo yang buat orang2 tertanya2 dan tertunggu2...so bulan ni promosi MEALSHAKE...BELI 6 PERCUMA 1...atau dalam bahse omputih sebut BUY 6 FREE 1..hhihi.

Ok meh nak share sket ape kebaikan mealshake ni..

Mealshake ni mengandungi bahan semulajadi yang terdiri dari buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya non-GMO, lactalbumin(sejenis susu) dan lain2...

Manfaat:-


  • nutrisi lengkap - ia menyediakan 24jenis vitamin, mineral dan zat. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.
  • membekal nutrisi kepada sel tubuh - ia kaya dengan protein, membantu pembinaan sel2 kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain2..
  • membantu tumbesaran - mengandungi asid folik, biotin , kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel2 utk proses membesar
  • mengembalikan seri wajah - mengandungi vitamin B yg lengkap, zat besi dan copper yang cukup utk membina sel2 darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah dan kulit yg lebih cantik
  • detoksifikasi - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus

So kesimpulannye mealshake ni sesuai untuk kanak2 berusia 1tahun hinggalah kepada orang dewasa. Anak, Mak, Ayah, Abang, Adik, Kakak semuaa boleh minum mealshake ni...Mealshake ni berperisa vanila...memang kegemaran dan kene dengan selera semua lapisan umur.


So sesapa nak order boleh kumpul2 order dengan kengkawan pastu dapat harga jimat. Boleh sangat nak buat stok utk bulan puasa nanti.

Nak order contact :

Syida 
018-3937054
Shaklee Independent Distributor

P/s - kalau ade sesiapa nak carik side income pon boleh contact ye...nanti daku citer details.

Thursday, April 24, 2014

Set Nutriwhite Skincare



Salam,

Hari ni nak share pasal set skincare dari shaklee ni...Nutriwhite Skincare...produk ni setanding produk popular tau macam skII semua tu...harga memang jauh lebih murah la...pastu jimat plak sebab pakai sikit je dah cukup...mau tahan setahun jugak baru abeh guna..

Ok meh nak explen sket kegunaan dan kebaikan setiap satu yang ada dalam set ni ye.

1. Gentle Deep Foam Cleasing
- membersih dan menyegarkan kulit
- kandungan rumpai laut didalamnya berfungsi untuk menghilangkan kotoran, membuang sel2 mati dan menegangkan kulit
- alga hijau pula menyahtoksin dan melembapkan kulit
- strawberi begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
- lembut dan menyegarkan

2. Soothing Radiance Whitening Softener
- melembutkan dan mengembalikan pH yang seimbang
- kulit berasa lebih tegang dan segar dengan rosemary
- kudzu menegang dan mencerahkan
- marshmallow melembabkan
- mengelakkan kulit jadi kering


3. Daily Defense Whitening Essence
- Bear-Berry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit
- strawberi begonia untuk mengimbangkan pigmen kulit
- kacang soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompol jerawat
- mulberi untuk mencegah dari kerosakan akibat cahaya matahari
- tambahan vitamin c aktif untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah
- lembut dan mudah diserap oleh kulit

4. Ultimate Protection Whitening Lotion
- licin serta kaya dengan pati botani seperti mulberi untuk mencegah kerosakan kuli akibat cahaya matahari
- Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit
- pelembap yang bertindak dari semua sudut ini melindungi anda dari kesan2 memudaratkan dari cahaya matahari
- membantu membina daya ketahanan kulit dan faktor persekitaran

5. Gentle Action Make up remover
- menjadikan kulit anda licin lembut dan berseri
- tunas pokok bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
- aloe vera menegangkan dan menyegarkan kulit
- lembut dan tidak berminyak

6. Spot Whitening Treatment
- memperbaiki kesan2 matahari serta jeragat kulit dengan cepat
- kuasa pencerahan botani dihasilkan dari pati likuoris dan peony yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
- cats claw menegangkan kulit
- vit c aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit

7. Overnight Renewal Whitening Cream
- memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
- linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
- scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
- vit c aktif mengurangkan tompok2 hitam serta mengembalikan seri wajah


Tahan sampai 9bulan.tahan sampai setahun....haihh jimatnyee

 So sesape nak try kebest an (ade ke pekataan ni) boleh contac sy ye.

Jom cantik..hhihi

Syida Kamarudin
FB : Syida Kamarudin
018-3937054

Thursday, April 17, 2014

Ubat (Medicine) vs Makanan Tambahan (Supplement)

Salam...

Semua orang pernah makan ubat kan?tak semua??yeke....kebanyakan dari kita makan ubat sejak kecil....jangan tipu..hiihi...hari ni aku nak share pasal ape beza ubat dengan supplement...dulu aku xtau...tapi sejak2 menjinakkan diri dalam dunia supplement ni aku jadi tau la serba sikit kepentingan dan kesannye pada tubuh badan...jom cekidautt...

Kredit info dari blog ramuan sihat

UBAT
MAKANAN TAMBAHAN (FOOD SUPPLEMENT)
1.     Ubat sama sekali ganjil dgn tubuh badan. Ia tidak menjadi sebahagian dari tisu2 kita, tidak juga menyumbang bahan2 berkhasiat.
Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kpd tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.
2.     Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yg kuat yg boleh mengubah fungsi2 secara mengganggu tindakan biokimia dan proses2 enzim
Bahan2 berkhasiat bertindak membantu tinadakan biokimia dan pemprosesan enzim.
3.     Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dlm badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan gangguan dlm perut, loya, gangguan penglihatan, gangguan mental, bintik2 merah, telinga berdengung, gangguan penghazaman dan akhirnya kematian.
Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya terganggu sementara. Oleh kerana badan membina sistem2 enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.
4.     Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh terganggu antara satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan2 sampingan.
Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain. Bahan berkhasiat sedia membantu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yg lebih baik.
5.     Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan antara waktu makan untuk mengelakkan dgn hal yg saling mempengaruhi atau pencarian oleh kesan daripada makanan.
Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghazaman lain2 faktor makanan.
6.     Ubat berkemugkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. (kematian adalah kesan sampingan yg pasti)
Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada suatu pun kenyataaan yg tercatiti mengenai merbahayanya dgn pengambilan vitamin,zat galian dan asid amino.
7.     Ubat menghasilkan kesan pada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu, seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.
Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindakbalas kpd seseorang. Ianya hanya memberi kesan sekiranya bahan2 berkhasiat ternyata berkurangan dlm tubuh badan.
8.     Ubat bertindak cepat dan menakjubkan. Seseorang boleh menerima kesannya dlm beberapa minit atau jam shj.
Bahan2 berkhasiat bertindak secara beransur-ansur (perlahan-lahan) dlm jangkamasa yg panjang. Ia kebiasaannyamengambil masa berbulan2 untuk mencapai kesan dan kejayaannya.
9.     Ubat merawat kesan atau tanda2 sakit, tetapi bukannya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ianya tidak memulihkan.
Bahan2 berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yg sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yg tertentu. Oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dpt mengatasi masalah serta kerosakan yg telah terjadi tidak berulang lagi.
10.           Ubat perlu diberi pengawasan yg teliti bagi menghalang kelebihan sukatan yg merbahaya ke arah tindakan sampingan.
Pengambilan bahan berkhasiat tidak memerlukan pengawasan yg rapi sebagaimana pengambilan ubat-ubatan. Setiap sel badan hanya menerima bekalan bahan berkhasiat dgn terhad. Apabila keperluannya mencukupi, ia tidak akan menerimanya lagi. Kelanjutan berlebihan bahan berkhasiat adalah rendah. Keselamtannya amatlah terjamin.
11.           Orang tua biasanya memerlukan ubat pada suaktan rendah kerana mereka mudah mendapat kesan sampingan yg serius jika dibandingkan dengna orang muda.
Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan bahan berkhasiat oleh kerana faktor2 kekurangan yg berlarutan begitu lama serta penghazaman yg lemah.
12.           Ubat sebenarnya boleh menghasilkan penyakit disebabkan oleh kesan sampingannya.
Bahan berkhasiat sedia memelihara (mengawal) badan daripada penyakit2 dengan pertama, menguatkan sel2 daripd serangan kuman bakteria , virus dan lain2. Kedua, melambatkan proses kemunduran (kelemahan organ berfungsi dengan baik) didlm badan.


So agak2 nampak x beza antara ubat dan supplement? tpuk dada tanya hati...prevention is better than cure.

Syida 018-3937054
Shaklee Independent Distributor


Wednesday, April 16, 2014

Set Slimming Super HotSelling

Salam.

Raye lagi 3bulan je kan...korang nak tak slim melim, langsing ramping, cantik gebus gebas raye nanti??haha kalo nak meh try set slimming ni...set ni memang aku dah consume sejak november tahun lepas..memang puas hati...berat badan takdela turun mendadak...sebab aku xbape nak disiplin...bukan salah produk ye...tapi salah diri sndri yang xbape nak disiplinkan diri...tapi nk kurus...ahahaha acane tu...

ni shape up set yang aku consume

Ok refer gambar kat atas tu, tu shape up set yang aku consume...tapi cinch shake tu baru bulan ni aku try....serius aku jatuh chentaa sudah....xtipuu babe...sejak aku minum cinch shake tu memang aku xsrapan mende len dah....aku jadikan cinch tu as sarapan aku...tu je...siyes kenyang sampai tengah hari...aku gtau ni dari pengalaman...bukan sebab aku distributor semata nak promote produk tau. Ok meh aku explen sket kebaikan tiap2 satu eh..

Lecithin
Lecithin mengandungi;-
1) asid linoleik (essential fatty acid) yang amat diperlukan oleh badan. tapi badan kita xboleh menghasilkannya
2) Kolin iaitu satu komponen neurotransmitter
3) asetikolina - bekal biokimia untuk penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf
4) Inositol - sebagai komponen utama membran atau selaput sel dalam tisu badan

Fungsi Lecithin:-

1) untuk proses metabolisma, kolestrol dan lemak darah
2) memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol
3) menurunkan total serum kolestrol dan meningkatkan kolestrol baik (HDL)
4) membantu mengawal paras triglycerides
5) membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat dalam pembuluh darah
6) mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolestrol


Herblax

Herblax mengandungi 9 jenis bahan herba iaitu alfalfa, senna, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhuharb rott, fennel seed dan culver's root.

Kebaikan:-

1) melegakan sembelit
2) meningkatkan kesihatan sistem penghadaman
3) menyokong kesihatan usus
4) membantu menyahtoksin badan
5) membantu mengurangkan berat badan

Cinch Shake (Perisa Coklat, Vanila,Latte)

Cinch shake diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Liucine membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot. Protein tinggi didalam cinch membantu membina otot untuk meningkatkan metabolisma dan membakar kalori. Protein juga dapat membant anda menahan lapar.

Kelebihan cinch shake:-

1) berasaskan soya non-GMO
2) Bebas laktosa
3) kekalkan otot untuk elakkan badan anda menggelebeh sepanjang sesi diet
4) kaya dengan protein yg blh membuatkan anda berasa lapar lebih lama

Haa banyak kan kebaikan produk shaklee ni...honestly berdasarkan pengalaman aku sendiri lps consume tiga produk ni, aku memang sangat2 puas hati....pagi2 ms sarapan aku amek cinch shake je dh cukup buat aku kenyang sampai time lunch...time lunch aku makan nasik cam biasa....lps lunch aku telan lecithin plak...kang malam sebelum tido aku telan herblax sebab nak kasi detoxx esoknye....memang perrghh la...sebab aku dah lame ade masalah pembuangan ni....skrg lancar je....huhu

Korang kalo serius nak kurus secara sihat takde nak belapa sampai pengsan dan produk ade kesan jangka panjang ke pe, korang boleh carik aku....aku akan guide korang cara terbaek untuk berdiet sambil consume shaklee...yela badan kite ni nak pakai lame lg....kalo dari sekarang xbuang lemak2 tepu tu lame2 nanti payah dah kalo nak slim...nk slim bukan sebab nak cantik je tau...sebab utk kesihatan...kalo badan besar macam2 sakit boleh datang...ni pengalaman aku sndri...badan berat sakit lutut la sakit tumit kalo bediri lame, mudah mengah, badan ase malas je...hihi

So, jom tampil sihat dan cantik...roger aku ek kalo nak try

Syida 018-3937054
Shaklee Independent Distributor





Thursday, April 10, 2014

Hadif :: 1 Tahun 8 Bulan

Salam...

Lame xtulis sini pasal perkembangan manje kesayangan...maknye bz manjang....gpon nk apdet tanpa gambo cm xbest plak....dah rupe buku teks sejarah sekolah menengah....tulisannn je...hihi

25march ritu genap Hadif setahun lapan bulan....jap je beso bujang dah anak ibuu...tapi tetap manje...maklum la kasih sayang sume curah kat dia sorang je....xpela ibu suke manjekan Hadif...manje puas2 ye..

Perkembangan Hadif setakat ni biasa je....aktif xhengat....kadang2 pening kepala jugak tengok dia yang xreti penat...lari sane lari sini...kt rumah tu suara dia je....membebel je menjerit2...23 butir perkataan je aku paham...haha...

Hadif sekarang adela jugak 23 pekataan yang dia boleh sebut...kalo kite aja pon dia boleh ikut...cepat tangkap jugak...seronok ibu tengok...alhamdulillah...mcm malam tadi, mase tengah on the fon dengan neneknya, aku sua la fon kat dia nak kasi cakap ngan neneknye...tetibe dengan lancarnye dia sebut "apa khabar"....haha terkedu aku ngan mak aku....xpernah dengar Hadif sebut gitu...1st time....siyes dengar dia sebut gitu aku jadi xsabar nak tunggu hadif pandai cakap....nak borak2....haha dlu xsaba tunggu nak bejalan...skrg xsaba tunggu bercakap plak....seronok tengok perkembangan anak...

selfie anak beranak...ihihi

Hadif ni sebab aktif sangat berat badan dia xbanyak naik setiap kali check up...sekarang pon baru 10.5kg...dak tecik ni asal masuk makanan mesti membuang...buang hasil yang dia makan sebelum tu...bagus sistem perkumuhannye..hihi

Setakat ni memang senang sangat jage Hadif....xbanyak ragam....kadang2 je buat perangai...tapi sekarang garang sikit aku tengok...kalo dia marah n geram ngan aku kemain dia ketap gigi...gigit idung kang baru tau...kalo marah cepat je tgn dia cepuk ibu...kalo ibu buat2 nangeh kemain dia pujuk usap2 kepala siap suh diam..."iyam...iyamm"....hihi sonok la aki nyakat....

Ibu doakan Hadif membesar dengan sihat dan bijak k...jadi anak kebanggaan ibu ayah dan berbakti pada semua orang....sayang Hadif...


Monday, April 07, 2014

Herblax Shaklee

Salam...

Sape penah try herblax shaklee ni memang kompom jatuhcinta....sebab ape saya kate gitu??yelaa sebab herblax ni satu produk detox yang "bekerja" secara smooth...takde sampai berpeluh2 nak carik toilet....sakit pewot manje2 je gitu...hihihi


Herblax ni merupakan kombinasi yang mengandungi 9 jenis herba semulajadi. Antaranya ialah:-


  • Senna Leaves - ia merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak
  • Buckhorn Bark - ia melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan kelembapan pada usus
  • Licorite Root - membantu proses detoksifikasi
  • Fennel Seeds - mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus
  • Anise Seeds - merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
  • Rhuharb Root - herba yang banyak digunakan dalam perubatan cina untuk kegunaan sebagai antibiotik
  • Blue malva flower - membantu proses detokfikasi dan mengimbangi tekstur kulit
  • Culver's Root - membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma
  • Alfalfa Leaves - membersihkan usu, darah dan hati

Ni plak antara kelebihan herblax ni:-


Serius aku sendiri jatuh chenta ngan herblax ni...masalah sembelit aku hilang trus...yang paling penting aku takde berpeluh2 sampai boleh pucat muke sebab xtahan nak membuang....dulu mase makan herba lain, memang takleh tahan2 weh...jam2 tu jugak kene ke tandas...tp bile makan herblax ni aku ni tahan lagi sampai la opis...sebabnye start sakit pewot mase on the way nak ke opis....haha...celah mane nk carik toilet dengan bawak hadif lagi....terima kasih la herblax sebab bejaya hilangkan sembelit aku n membuang dengan jayanya..

Disebabkan badan aku berisi lepas bersalin, aku amalkan herblax ni skali dengan lecithin....tujuaannye untuk bakar lemak2 dan kolestrol jahat dalam badan aku ni...pastu malam kasi telan herblax untuk detox segala lemak yang dah dibakar tu...

Nak hasil superb meh roger2 aku ek...aku guide betul2...

Syida 018-3937054

Wasap aku eh....

Tata

Tuesday, March 25, 2014

Takziah kepada keluarga penumpang MH370

Salam..

Hari ni 25.03.2014 sayu sunyi je aku rase. Malam tadi aku tertido awal..terlelap depan tv...sedar bila en suami kejut suruh naik tido kat atas...masuk je bilik en suami kate PM ade buat pengumuman....MH370 mungkin terhempas...aku terus tediam tekedu..xtau nak ckp pe...speechless...terbayang camne keadaan dan penerimaan keluarga semua mangsa...Allahuakbar....

Pengumuman penuh dari PM..kredit Harian Metro

“Malam ini saya diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB).
Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit meliputi koridor utara dan selatan, telah melakukan pengiraan lanjut terhadap data itu. 

Dengan mengggunakan kaedah analisis yang belum pernah digunakan dalam sesuatu penyiasatan seumpama ini, mereka telah berjaya membuat pencerahan mengenai laluan penerbangan MH370. 

Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB telah membuat kesimpulan bahawa MH370 terbang melalui koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Ini merupakan lokasi yang terpencil, jauh dari sebarang lokasi pendaratan. Justeru itu dengan perasaan sedih dan kesal yang amat sangat, saya perlu memaklumkan anda bahawa menurut data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kami akan mengadakan sidang akhbar esok untuk memaklumkan butiran lanjut. 
Sementara itu kami ingin memaklumkan anda mengenai perlembangan terbaharu ini dalam kadar segera. 

Kami berkongsi maklumat ini atas dasar komitmen kami terhadap keterbukaan dan perasaan hormat kepada seluruh keluarga, dua prinsip yang menjadi panduan penyiasatan ini. 

Malaysia Airlines sudah pun memaklumkan kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka perkembangan ini. 
Bagi mereka dua minggu yang berlalu cukup memeritkan, saya sedar bahawa berita ini akan lebih sukar lagi. Saya menggesa pihak media supaya menghormati privasi mereka dan memberi mereka ruang menghadapi situasi getir ini.” 

Tah kenapa aku rase semua penumpang masih selamat...diorang terdampar kat 1 pulau dan mengharapkan bantuan...hmmm kalo la betul....Ya Allah Kau tunjukkan kebenaran sebenar...hanya Kau yang maha mengetahui..

Siyes kesian, sedih dan simpati dengan ahli keluarga mangsa...tapi ade jugak manusia xberhati perut terus mengguris hati dan perasaan mereka....aku xtau kenapa manusia camni harus ade kat muka bumi ni....

tak saba nak tunggu laporan penuh petang ni...

AL-FATIHAH

Saturday, March 22, 2014

IKLAN : PROMOSI ESP MARCH 2014

Salam....

Dah nak habis promosi baru nak up...hihi...takpe la atleast ade seminggu je lagi promosi ni sebelum harga kembali pada asal...sekarang pon stok kritikal...ramai beno memborong...buat stok siap2 utk bulan puasa nati...kemain korang kan....hihi..jom tengok ape khasiat ESP ni...




Haa tengok...banyakkan kebaikan ESP ni....semua dalam 1 bekas je...memang berbaloi2 la...ESP ni jenis bancuh ye...so jom tengok contoh2 resipi yang diolah untuk minum ESP ni..


ESP+sunquick

ESP+Twister Orange

ESP+Dutch Lady Strawberry



ESP+Milo

Haa banyakkan cara nak minum ESP ni...tepuk dada tanya selera....ape air minuman kegemaran anda....just shake je..tapiiii jangan campur dengan air berkafein ye....big NO....sebab ape??sebabnye kafein ni akan menyebabkan serapan khasiat terganggu....ape2 jugak supplement kalau boleh jangan ambil bersama kafein....kalau anda peminum kafein tegar takpe....boleh minum...cuma jarakkan masa pengambilan supplement dan minuman berkafein tu ye...

Kalau korang nak try ESP meh roger saya cepat2 ye.....confirm harga jatuh terduduk saya bagi......




Thursday, March 20, 2014

PENCERAHAN : SHAKLEE DI HATI

Salam...

Tadi upline aku ade share pasal blog ni...aku baru bace...bagus sangat blog ni...bukanlah aku trus cop bagus n sokong sebab aku ni ejen shaklee...tapi sebab cara kupasan berkenaan shaklee dan produk2nye buat aku tertarik...sangat2 berinformasi...buat aku yakin aku pilih buat side income dengan shaklee adalah tepat...

Kredit kepada blog Cikgu Mat

Pencerahan kepada persoalan mengenai shaklee

Salam tuan. Saya terjumpa blog tuan bila cari-cari tentang Shaklee sebagai MLM yang patuh syariah. Terima kasih atas perkongsian.

Sebelum ni pun saya dah baca-baca (termasuk garis panduan MLM daripada Ustaz Zaharuddin & JAKIM). cuma nak yakinkan lagi... sekarang dah tak ragu-ragu lagi pasal tu. Saya pun sebenarnya pengguna Shaklee, cuma baru jer terbuka hati untyk turut berbisnes.

Saya cuma nak tanya, apa pendapat tuan, bila kita jual Shaklee seolah-seolah tak sokong ekonomi orang Islam/ bumiputra. yer la, sebab Shaklee produk US.

Satu lagi, penjual-penjual Shaklee ni dilihat macam tak sokong/tak amal makanan-makanan sunnah (kurma, madu, habatussauda dsb) & lebih menyokong produk US. Itu saja. Terima kasih.

JAWAPANNYA

1. Pertama sekali, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog yang serba ringkas ini dan syukur alhamdulillah kerana tuan/puan dapat menghilangkan keraguan dengan bacaan daipada blog saya ini. Terima kasih sekali lagi.

2. Yang kedua, saya bukanlah jurucakap yang dilantik oleh Shaklee di Malaysia ini. Jadi jawapan saya adalah secara general sahaja mengikut pengetahuan dan bidang kepakaran saya sahaja. Untuk jawapan yang dilengkapi data, sila emel atau hubungi Shaklee untuk mendapat jawapan yang pasti dari pihak syarikat.

3. Sebenarnya ini bukanlah soalan yang sukar untuk dijawab, tetapi kerana sifat kebanyakan dari orang Melayu yang berfikiran negatif, bersikap layu dan mempunyai penyakit dengki yang tak dapat diubati, maka soalan begini menjadi isu besar kebanyakan daripada kita. Jika tidak percaya, tanyalah usahawan-usahawan Melayu, ada tak sesiapa yang cuba menjatuhkan perniagaan mereka? Jika ada, siapakah mereka? Jangan terkejut jika jawapannya adalah ‘Melayu’ sendiri. Kedengkian orang Melayu sukar sekali dikawal. TAPI soalan di atas adalah dikecualikan kerana saya yakin persoalan ini ditanya semata-mata untuk menolak persangkaan orang ramai terhadap produk Shaklee yang hebat ini.

4. Suka untuk saya bertanya kembali, siapakah yang mengatakan bahawa para pengedar Shaklee dan penggunanya ‘menolak’ makanan sunnah seumpama madu, habbatus sauda’ dan sebagainya? Saya juga ingin mengetahui sekiranya ada pengedar Shaklee yang memberi konsaltasi agar menghentikan penggunaan makanan sunnah dan hanya menumpukan penggunaan produk Shaklee kerana tidak ada seorang pun yang diajar untuk memberi konsultasi seumpama itu.

5. Untuk pengetahuan semua, para pengedar Shaklee sering berkongsi di dalam blog dan FB mereka tentang resepi-resepi Shaklee dengan menggabungkannya dengan makanan sunnah di atas. Tak perlu susah payah membelek, hanya rajinkan jari-jari anda menaip di browser anda tentu anda akan berjumpa dengan pelbagai resepi ‘rahsia’ Shaklee. Hatta saya sendiri menggunakan resepi ESP yang ditambah madu untuk mendapat kesihatan optimum. Ibu kepada pelajar saya mencampurkan habbatus sauda’ dengan minumn ESP dengan harapan anaknya cemerlang dalam pembelajarannya. Alhamdulillah, sekarang sudah 2 bulan berlalu dan anaknya kini semakin cemerlang dalam setiap subjek yang dipelajarinya.


6. Adakah dengan menggunakan Shaklee bermaksud kita MENOLAK makanan sunnah? Jika jawapannya ya, maka semua ubatan kesihatan patut kita minta kerajaan mansuhkan di hospital kerana ubat kimia hospital adalah jauh lebih ‘haram’ hukumnya digunakan. Bahan kimia di dalam ubat hospital jauh memberi kesan yang tidak baik kepada badan jika nak dibandingkan supplement Shaklee yang juga seperti makanan sunnah yang berasal dari sumber alam semulajadi.

7. Bukankah al-Quran sendiri menyatakan,”Makanlah makanan yang halal lagi baik”. Jika kita mempelajari ilmu Islam khususnya ilmu hadis dan al-Quran, nescaya kita dapat fahami bahawa hadis adalah pentafsir kepada al-Quran. Dalam kes ini hadis menyatakan dengan jelas makanan-makanan sunnah itu sebagai contoh kepada makanan yang baik dan halal itu. Maka, apa sahaja yang baik dan halal, nescaya hukumnya adalah harus dari segi syarak. 

8. Adakah jika menggunakan produk Shaklee bermaksud kita menyokong Amerika?! Tergelak juga saya membaca soalan ini. Sebabnya bukankah persekitaran kita sekarang hampir keseluruhannya menggunakan produk keluaran Amerika dan sekutu-sekutunya bermula dari pakaian, makanan, ubatan klinik dan hospital, perhiasan rumah dan sebagainya. Adakah salah kita menggunakannya? Kita perlu faham bahawa isu yang sebenarnya adalah adakah kita menyumbang kepada Amerika dalam menggunakan kuasanya untuk memerangi Islam? Dalam makluman saya, Shaklee langsung tidak tersenarai sebagai syarikat yang memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung dalam membantu Amerika dan sekutunya untuk memusnahkan negara-negara Islam tidak seperti Mc Donald yang ramai sekali orang Melayu ‘bersantap’ di dalamnya dan syarikat minuman Coca cola yang ramai juga Melayu menggunakannya. Ringkasnya, jangan berlaku tidak adil terhadap sesuatu yang jelas. Yang jelas memberi bantuan untuk membunuh umat Islam, tidak seorang pun berani bangun bersuara, tetapi bagi yang tidak memberi bantuan secara jelas, banyak pula gosip liar melingkunginya.


9. Jika anda ingin menyokong ekonomi orang Melayu, memang inilah jalannya. Shaklee telah meletakkan garis perniagaan yang jelas dan sangat menguntungkan dengan modal serendah RM 75 sahaja dan ada pula free membership jika memenuhi syarat tertentu. Tidak perlu simpan barang dan sebagainya. Paling penting, bisnesnya adalah buat jangka masa panjang kerana bidang kesihatan berkaitan manusia. Ada manusia, adalah pasarannya. Saya juga merasakan tiada lagi produk kesihatan yang dibuat oleh bumiputera yang dapat menyaingi produk Shaklee dari segi keberkesanannya dan ujian klinikal yang telah diuji beratus tahun lamanya. Jika ada yang seumpama itu, saya juga berminat untuk mengetahuinya.

10. Jangan menyusahkan diri sendiri. Rasullah SAW bersabda di dalam hadisnya yang mulia,”Islam itu mudah. Jangan dipersempitkan dan jangan pula menakutkan orang ramai daripadanya”. Bukankah Islam itu mudah dan tidak menyusahkan umatnya dengan peraturan-peraturan yang tidak sepatutnya? Mengapa pula kita menyusahkan diri kita dengan perkara yang tidak sepatutnya? 

Semoga pencerahan ini dapat menyelesaikan pelbagai persoalan yang menyesakkan pemikiran anda sama ada sebagai pengedar atau pun pengguna Shaklee. Sekian.

Tuesday, March 18, 2014

Pregnant ke tak????

Salam....

Hadif sekarang ni dah nak masuk Setahun Lapan Bulan....oh kejapnye ms berlalu...dah nak masuk umo 2tahun....bercakap lom lancar lagi....ikut dan dia je..tapi adela certain perkataan yg dia sebut jelas dan takde pelat....contohnye nak, naik, jatuh, ayah, ibu, nenek, atok, lori, ayam, aminnn....yg lain2 ade gak dia sebut tapi pelat sikit bunyinye...contohnye fish (pishh), ketam (titam), makan (mam), minum (ninum), jom (dom), aeroplane (pirr), kereta (tite), motor (toto), pokok (totok)....hihi banyak lg la...tapi Hadif ni jenis cepat tangkap ape orang sebut..dia boleh ikut semula pekataan yang simple2...cuma sama ada dia sebut betul atau pelat sikit...hihi

Minggu lepas aku ade balik kampung...mak aku buat kenduri doa selamat dan tahlil sikit...kenduri doa selamat sebab kak ipar aku mengandung n due bulan 5 nanti...mase aku baru sampai tu ade sorang jiran ni salam2 nak balik...mintak maaf sebab xdapat dtg malam tu..dtg tolong masak2 jela...sambil2 tu sempat lagi dia kate gini...."takpe xdapat join malam ni, nanti kenduri doa selamat lagi blh join...si kakak ni ha nanti ke (sambil pegang perut aku)." tegamam jap aku pastu xsemena2 trus jawab...eh sy lambat lagi cikk...Hadif kecik lg...hahaha

Aku taktau nape aku jawab gitu....tetibe aku cam berdebar...padahal ritu aku beria plan nk conceive lepas bulan 5...konon2 nak bagi adik Hadif kua tahun depan la....skali sekarang dh panik...apekah....hahaha...macam xready plak aku ni ha....rase cam Hadif tu kecik sangat lagi...xpuas manjekan dia...fokus n bagi perhatian kat dia....oh my....hukhuk...

Sekarang ni aku cam dalam dilema....betul ke nak bagi Hadif adik ek...kalo bukan sekarang camne nak cukupkan kuota 4orang anak...makin lame makin tua ni....dah nak masuk 3series ni...hakhak...adoi la....ke aku trauma mase besalinkan Hadif dulu....rasenye takde yang menakutkan sangat...alhamdulillah la Allah permudahkan proses tu...tengokla camne nanti....pasaan ni tingin nak gegel....yang pasti sekarang aku tengok Hadif suke baby...xde plak nampak cemburu ke...nak buli ke...cumanye dia xsuke budak2 baya dia amek n pakai barang dia...dia kenal semua barang dia....kedekut jugak dak ni...memang dimarahnye sape yang pakai barang dia...pastu menangis merajuk2....hahaahdoi...

Hadif nak adikk ke??

 

Friday, March 14, 2014

Aku dan Shaklee

Salam jumaat...

Macam mane aku boleh terjebak dengan Shaklee ni eh?huhuhu....

Lame dah dulu aku teringin sangat nak cube makan supplement...yela aku rase sangat badan aku ni xcukup zat...mude2 lagi dah lenguh sane lenguh sini, sakit sane sakit sini...macam2...lemau je kurang bertenaga...Aku tau pasal shaklee ni dari kak ipar aku....dia gtau aku yang supplement shaklee ni boleh bantu banyakkan susu badan....mase tu aku baru lepas bersalin n ilmu penyusuan memang 0...aku xkorek sangat...pastu tengok ramai jugak yang consume shaklee ni....siyes memang aku xpenah dengar....so mindset aku kate yg shaklee ni untuk banyakkan susu ibu je...

Tapi aku xstick pon dengan shaklee...aku xabeh makan pon...sebabnye distributor shaklee tu xguide pon aku camne cara betul nak consume set shaklee tu...mase tu aku amek yg trial set je...so bile aku cam xrase pape kesan n dengan ilmu yg cetek aku trus judge yg shaklee ni tipu je....huhuhu

Mase Hadif masuk umo 5bulan aku try lg consume shaklee ni....pon untuk tujuan penyusuan...aku godek2 ramai plak kate ESP banyakkan susu...so aku pon tanye2 la distributor shaklee tu...tapi bukan distributor yg aku bli set tu...ni yg lain...distributor ni plak memang xde explain detail kat aku ape kebaikan ESP tu...dia bagi aku buku shaklee je suh bace....hahadoi saba jela den...pastu aku bli je ESP tu...distributor still xguide betul2 cara consume...adoi la...sudahnye aku memang tetap mind set yg shaklee ni xmembantu....cume yg nampak beza susu aku pekat dr biasa...tapi sebab aku nak susu banyak bukan susu yg pekat...so terus la stop shaklee...xabeh pon aku minum ESP tu...hahaha....asekla salahkan produk...padahal distributor yg xguide cara yg betul...saba jela aku..

Pastu tah camne aku terpengaruh dengan sorang fren kat FB ni...hari2 dia share pasal shaklee...shaklee itu shaklee ini....pastu ade plak share pasal bonus shaklee...aku pon "eh ade bonus2 plak...boleh dpt income banyak.."...sebabkan terpedaya dengan posting tu aku pon menjoinkan diri la dengan shaklee....haha mule2 kondem pastu join...apekah...bukan pe mase tu memang aku nak carik side income pon...so aku pon pm la dak tu n join la jadi ahli yg sah...

Bile dah join aku terbukak mata pasal shaklee....banyakkk rupenye supplement lain....aku mati2 ingatkan untuk ibu menyusu je...hahahadoi....macam2 ado rupenye shaklee ni....ikutkan jenuh jugak la nk study pasal produk..banyak giler weh...dah la tu setiap produk bukan ade spesifik khasiat....1 produk macam2 khasiat....hamekk...bebaloi2...bli 1 dapat 1000 khasiat...untung giler....

Sejak aku join shaklee ni banyak gak la perubahan aku dapat...bukan setakat income...dari segi peribadi dan amalan rohani pon aku dapat serap....semua berkat join Group hebat dan leader hebat...aku cerita ni bukan sekadar nak gebang 0 pungpangpungpang nak tarik orang join aku...tapi tu la hakikat sebenarnya...banyak manfaat aku dapat...

So sesape yang nak beli atau join jadi ahli shaklee tu, elok la cari group yang betul2 hebat...bukan fikir bonus semata...sebab ade member2 aku yang kate nyesal join shaklee sebab leader buat hal...xtolong orang bawah...nak keluar join group lain dah xboleh sebab skali join keahlian seumur hidup....kalo nak beli produk shaklee carikla distributor yang betul2 mampu guide korang cara consume yang betul...supaya boleh dapat hasil memuaskan....xdela sia2 je keluar duit untuk kesihatan kan...aku xcakap aku hebat n korang mesti pilih aku....tapi insyaAllah setakat ni aku dapat repeat customer...aku cube xputuskan hubungan after sale...sentiasa follow up tanya perkembangan diorang sepanjang consume shaklee...

Nama : Rasyidah Kamarudin
ID : 1065139
Contact : 018-3937054
FB Page : Vitamin2u
FB Personal : Syida Kamarudin




Thursday, March 13, 2014

Haszlena Homestay Langkawi

Sambungan dari entri bercuti kat langkawi hari tu..ok mase aku ngan family g langkawi ritu, aku booked 1 homestay...homestay ni aku jumpe lepas google je...aku terjumpa blog owner homestay ni...Haszlena Homestay..lepas godek2 blog akak ni n bace entri2 dari blog2 yg share psl homestay ni aku pon terus la call akak ni...senang sangat berurusan dengan dia...mase aku booking tu untuk cuti Raya Cina...so hrga lain...sebab public holiday...untuk 3hari 2malam rm500....aku rase masih in budget....ok la kan rumah setingkat 3hari 2malam rm500...sumbat semua skali 1family...hihi

Ni sikit info aku amek dari blog akak ina ni...aku pilih Rumah Intan ni sebab dia dekat dengan pekan kuah....dekat xdela sampai leh jalan kaki je kan...paling dekat dengan Idaman Suri...memang jalan kaki je...senang nak shopping..hihi...

Rumah Intan ni bilik pertama dan kedua ada aircond...aku amek bilik kedua sebab ade katil queen je...ok la sumbat 3beranak...yang bestnya bilik kedua ade buaian baby....memang aku sengaja la sumbat Hadif dalam buaian tu...walaupun dak tu dah lame xtido buaian....mule2 dia cam pelik je masuk dalam buaian tu....tapi dua tiga kalu henjut dah selamat dibuai mimpi...hihihi....

Rumah Intan
Rumah Intan terletak di pekan Kuah iaitu di No.71 Taman Intan Kuah Langkawi dan amat berhampiran dengan Idaman Suri. Selain terletak berhampiran Idaman Suri, homestay ini juga berdekatan dengan kedai runcit, kedai makan, 7 Eleven dan sebagainya untuk kemudahan semasa menginap di sini.

Rumah Intan

Yang bestnya kalo duk homestay ni rase cam duk umah sendiri jela...homestay ni serba lengkap...washing machine pon ade...sempat la kitorang mendobi....hihi...yang peling penting Haszlena Homestay ni dia amek orang Islam je untuk menginap...bangsa lain memang tak pernah bagi...so takdela keraguan bab perkakasan dalam rumah tu kan....rumah memang bersih...toilet pon besar...cumanya rumah yang ni ade 1 je toilet...memang kene tunggu giliran la...tapi kitorang ok je janji dekat dengan kemudahan cam kedai2...rumah2 yang lain tu cam jauh sikit...nak ke pekan kuah n ke jeti pon jauh...

So korang kalo nak p cuti2 langkawi nak jimat bajet amek jela homestay....senang sebab ade hall nk tegolek telentang....hihi...hrga pon sangat berpatutan....Kalo korang berminat leh godek2 blog akak ni atau contact dia kat no bawah ni ye..


HASZLENA HOMESTAY
TEMPAHAN DAN PERTANYAAN

call, sms, email atau whatsapp

HASZLENA 017-574 5063
MD.NOOR 012-564 5120

haszlena@gmail.com

PRAY FOR MH370

Salam...

8 March 2014....Malaysia dan seluruh dunia dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat MAS MH370. Pesawat hilang dari radar pukul 1.30 pagi tapi laporan tentang kehilangan pesawat tu diberitahu pada umum pada 9pagi...sidang media pertama pada tengah hari...taktau kenapa amek mase lame sangat...mungkin ade prosedur bidang penerbangan yg perlu dipatuhi sebelum war2kan kepada umum...wallahualam..MH370 dari KLIA ke Beijing bawak penumpang seramai 227orang termasuk 12orang anak kapal...majoriti penumpang warga China..

Hari ni 13 March 2014....dah masuk hari ke6 kehilangan MH370....masih belum tau ape khabar berita....pencarian masih diteruskan.....segala aset ketenteraan dikerah untuk mencari dan menyelamat....tapi masih belum jumpa ape2 yang boleh dikaitkan dengan kehilangan MH370..

Sampai ke hari ni macam2 berita, share info dekat FB, twitter...macam2 spekulasi yang tah mane tahap kebenarannya....aku bace je...malas nak percaya atau komen selagi xtau ape sebenarnye yang berlaku..Allah belum tunjukkan lagi..

Yg paling aku xpaham kenapa ade sesetengah pihak xbertanggungjawab dan xsensitif langsung dengan isu ni..diorang share sesuka hati...xpikirkan perasaan ahli keluarga mangsa..ade yg siap sengaja buat fake account dan post mcm2 utk tarik perhatian umum dan meraih simpati...siyes aku xpaham ape jenis manusia..xleh beza ape benda yg blh di buat bahan gurauan dan ape yg xboleh...memang la masing2 ade hak nk post pape sebab diorang punye FB, diorang pnye twitter...so ikut suke...tapi xyah la post yg tunjukkan awak tu B***** sangat...sangat2 mental la orang gini...kenapa ade kat mukabumi ni pon aku xtau la...




Yang paling tak boleh blah plak ade jugak yang sebok nk tunjuk kebolehan sampai aku rase diorang tengah membodohkan diri diorang...menyerah diri untuk dijadikan bahan kutukan dan ejekan orang ramai...isu ape lagi kalo bukan bomoh yg gelar diri dia "Raja Bomoh VIP"....eh xleh hadam la....bomoh tu kate MH370 tergantung antara 3negara...adoi la...Allah sedang menguji hambaNya tapi ade jugak yang xreti nak kembali padaNya memohon pertolongan...yang syirik jugak dipilih....astagfirullahhalazim....malu kene gelak dengan orang lua jela...




Sekarang dah masuk hari ke6...aku xdapat bayangkan macam mane stress nye keluarga mangsa yang terlibat...aku yg xde kene mengena ni pon sedih....tertanya2 mane la peginya MH370....macam mane keadaan diorang..ape yang jadi sebenarnya...ade 2bayi dalm pesawat tu...Allahuakbar...

Moge semua ni berakhir cepat...Ya Allah kalau ia dilangit turunkanlah, kalau ia dilautan timbulkanlah, kala ia didaratan tunjukkanlah...dari kita share n sebar berita yang xtau kesahihannye baiklah kita same2 doa dan buat solat hajat moge Allah beri petunjuk..siyes aku memang xdapat bayangkan kalo aku ade kt tempat family mangsa...rase nak meletup dada menahan  kerisauan...moge ahli keluarga mangsa terus berdoa dan berdoa semoga Allah permudahkan segala..aminn ya rabbalalamin...